Perak Hari Ini

Exco Kerajaan Negeri Dikekalkan

IPOH: Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak akan dikekalkan untuk tahun ketiga.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan tersebut telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Pada umumnya tiada pertukaran kerana kita ingin meneruskan tradisi.

“DYMM Tuanku telah memperkenan agar kesemua ahli exco yang sedang berkhidmat dalam tempoh dua tahun ini diteruskan khidmat mereka untuk tahun ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di kediaman rasminya di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, keputusan berkenaan membolehkan ahli-ahli exco berkenaan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Zambry yang juga selaku Mamanda Menteri Besar melahirkan kegembiraannya dan mengucapkan terima kasih atas keputusan yang telah dibuat.

“Jadi bagi pihak kerajaan negeri saya menjunjung kasih atas keputusan yang diputuskan oleh Tuanku untuk meneruskan pelanjutan ahli-ahli exco yang sedia ada,” kata beliau lagi.

Kesemua 10 ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) akan mengangkat sumpah dalam satu istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak yang bakal diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pagi ini.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga telah berkenan untuk berangkat ke majlis tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");