Sukan Hari Ini

Fazrul tamat kemarau gelaran

Kuala Terengganu: Ahmad Fazrul Sham berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa sebarang gelaran juara kelas perdana CP130 apabila muncul juara Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.

Pelumba pasukan Yamalube AHM itu mempamer peningkatan ketara pada perlumbaan kali ini apabila berjaya mencatat masa terpantas sesi Superpole sekaligus memulakan perlumbaan dari petak pertama untuk mengenepikan trio Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Mohd Hafiz Nor Azman, Mohd Zamri Baba dan Norizman Ismail yang menguasai sesi ujian masa, kelmarin.

Fazrul menamatkan perlumbaan 18 pusingan dengan merakam masa 12’31.675s, 0.499s untuk berada di depan Zamri yang muncul naib juara sementara abang Fazrul, Ahmad Fazli Sham berada di tempat ketiga dengan mencatat masa 12’38.066s biarpun berlepas dari petak ke-10.

Mengulas tentang kemenangannya, Fazrul berkata, “Kunci utama kemenangan hari ini adalah kerja berpasukan dan komunikasi yang baik yang ada dalam pasukan kami.

Selepas beberapa pusingan, akhirnya kami menemui formula tepat untuk digunakan ke atas jentera bagi mendapatkan kelajuan dan juga pelarasan yang terbaik,” jelas Fazrul.

“Saya kembali menemui keserasian bersama jentera Yamaha setelah beralih dari jentera Honda digunakan pada musim lepas.

Ia membantu saya memberi maklum balas tepat kepada pasukan malah mereka turut mempercayai maklum balas diberikan untuk digunakan terhadap jentera.

Hasilnya, catatan masa masa semakin baik dalam setiap sesi latihan sehingga ke perlumbaan akhir. “Malah, pasukan juga bekerja keras setiap pusingan.

Kami mencuba banyak peralatan baru sepanjang tiga pusingan lepas dan hasilnya mula kelihatan ketika di Muar dimana saya dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

Meskipun begitu, ini bukan prestasi maksimum yang kami mampu tunjukkan. Masih banyak perkara yng boleh dipertingkatkan terutama dari segi saya sendiri yang masih belum 100 peratus menguasai jentera ini.

Saya berharap pencapaian ini tidak berhenti setakat ini dan saya berazam untuk menaiki podium lagi pada pusingan akan datang,” jelas Fazrul yang melonjak tangga kelima keseluruhan dengan 45 mata.

Dalam pada itu, kedudukan di tempat ketiga cukup buat Fazli untuk terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 64 mata namun diberikan cabaran oleh Zamri di kedudukan kedua dengan 60 mata.

Rakan sepasukan Zamri, Elly Idzlianizar Ilias menamatkan perlumbaan di tempat kelima berada di tangga ketiga dengan 53 mata.

Sementara itu, kepantasan Kasma Daniel Kasmayudin dalam kategori CP115 semakin sukar digugat apabila pelumba itu mudah melintasi garisan penamat bersendirian setelah berjaya mendahului perlumbaan sejak pusingan pertama meskipun pada satu ketika ketinggalan di kedudukan kedua sebaik pelumba berlepas. – http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");