Laporan Eksklusif

Hasil Perolehan GST Akan Membebankan Rakyat – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasil tambahan yang diperolehi melalui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan lebih membebankan rakyat.

Katanya, rakyat perlu membayar lebih untuk segala-galanya yang mereka beli, seterusnya mengurangkan kuasa rakyat sebagai pengguna.

“Dalam erti kata lain, rakyat telah menjadi lebih miskin untuk memperkayakan Kerajaan,” Mahathir berkata demikian melalui penulisan terbarunya pada laman blog milik beliau, chedet.cc.

Ujarnya, walaupun bukan kesemua barangan dikenakan GST, tetapi harga perlu dinaikkan kerana pemborong yang membekalkan barangan kepada peruncit perlu membayar GST kepada kerajaan.

“Kemudian peruncit pula perlu mendapatkan kembali kos mereka dengan menekan harga yang lebih tinggi ke atas pengguna yang mana pada akhirnya, rakyat juga yang perlu menanggung kos GST ,” jelas beliau.

Mahathir dalam penulisannya juga telah menyatakan bahawa kerajaan boleh mengelakkan pelaksanaan cukai tambahan tersebut dengan mengurangkan kos perbelanjaan.

“Memberi wang kepada rakyat dengan harapan untuk popular sedangkan rakyat tidak benar-benar memerlukan wang.

“Lebih baik jika kerajaan melatih rakyat untuk meningkatkan pendapatan mereka, dan apabila pendapatan meningkat, ianya akan memberi kelebihan terhadap hasil kerja ,” tambah beliau lagi.

Beliau turut berkata, kenaikan gaji tanpa ada peningkatan di dalam produktiviti turut akan mengakibatkan peningkatan defisit.

Tegasnya, jika kerajaan boleh menguruskan kewangan negara dengan lebih baik, GST tidak perlu dilaksanakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");