Perak Hari Ini

IKRAM Perak Ucap Tahniah Atas Pertabalan Sultan Nazrin Shah

IPOH: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35, semalam.

Yang Di Pertuanya, Yahanis Yahya berkata, pertubuhan itu turut berasa gembira kerana Negeri Perak dianugerahkan seorang Raja Pemerintah yang bijaksana.

“Keperibadian yang ada pada DYMM Sultan Nazrin selaras dengan ciri-ciri Raja Pemerintah seperti akrab dengan ulama, tidak bermegah serta mengambil berat kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyambut baik titah Sultan Perak ketika istiadat pertabalan berlangsung semalam di Balairung Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

“Titah baginda selaras dengan hasrat penubuhan IKRAM Malaysia yang komited untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni di Malaysia.

“IKRAM sentiasa komited untuk menentang segala sikap tidak bertoleransi , ketaksuban, kebencian dan provokasi, sama ada dalam bentuk perkauman atau agama daripada meresapi masyarakat,”tegasnya.

Kata Yahanis lagi, IKRAM Perak berharap agar Sultan Nazrin terus menjadi Raja Pemerintah di negeri ini yang menjaga kedaulatan negeri dan juga agama Islam.

Istiadat Tabal Adat sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35 telah berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar semalam dalam suasana yang penuh dengan tradisi dan adat istiadat Kesultanan Melayu Perak.

Istiadat tersebut juga menyaksikan pemasyhuran Tuanku Zara Salim dengan gelaran Raja Permaisuri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");