Jenayah

Imigresen tahan 14 warga asing, 3 lelaki tempatan

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 14 lelaki warga asing berumur antara 15 hingga 37 tahun dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di Sungai Petani, semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata, kesemua warga asing itu ditahan? dalam operasi di kedai makanan dan pusat mencuci kenderaan.

Sebelas lelaki warga Myanmar, dua lelaki Bangladesh dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

Katanya tiga lelaki tempatan berumur 31 hingga 48 tahun, mengaku majikan kepada warga asing yang ditahan itu, turut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing.

“Sebelas lelaki warga Myanmar dan dua lelaki warga Bangladesh yang tidak mempunyai dokumen perjalanan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Yusri berkata, lelaki warga Indonesia yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa selepas tempoh pas tamat.- Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");