Jenayah

Imigresen tahan wanita asing di Bukit Kayu Hitam

ALOR SETAR – Imigresen Kedah mematahkan cubaan menyeludup masuk enam wanita warga asing di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam, semalam.

Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata, seorang wanita tempatan berumur 48 tahun turut ditahan kerana cuba menyeludup masuk dan memperdagangkan enam wanita warga Kemboja ke negara ini, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit menjanjikan pekerjaan di Kuala Lumpur kepada warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah kerana kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran.

Katanya, siasatan mendapati enam wanita Kemboja berumur antara 23 hingga 29 tahun berasal dari beberapa tempat seperti di Battambang, Siem Reap, Kandal dan Kampong Cham di Kemboja.

Mohamad Yusri berkata, kesemua warga asing itu dikatakan menaiki sebuah kenderaan dari Kemboja ke negara jiran, Thailand melalui jalan darat pada malam 1 Mei sebelum masuk ke negara ini.

Katanya, kesemua mereka yang memiliki dokumen sah diselamatkan dan dihantar ke rumah perlindungan buat sementara waktu. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");