Isu Panas

Ismail Sabri Kurang Ajar – Lim Guan Eng

BUKIT MERTAJAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada pengundi jika memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7 Mei ini.

Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Ismail menarik balik kenyataannya bahawa beliau tidak akan meluluskan peruntukan pertanian untuk rakyat di Permatang Pauh.

“Ismail Sabri menyatakan bahawa sekiranya Kak Wan (Dr Wan Azizah) dipilih menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, jangan cari dia melibatkan semua projek pertanian…tidak akan diluluskannya.

“Kak Wan nak masuk lobi pun tidak boleh, ini satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar.

“Saya harap Ismail Sabri tarik balik dan minta maaf atas kenyataan biadap ini keatas seorang wanita, seorang rakyat Malaysia dan seorang wakil rakyat,” katanya pada sidang media di Tanah Liat di sini, Ahad.

Sebelum ini Ismail dilaporkan mengingatkan pengundi di Permatang Pauh melupakan terus sebarang bantuan daripada kementeriannya PKR terus menang di kawasan itu.

Beliau sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon BN, Suhaimi Sabudin berjaya mengalahkan Dr Wan Azizah.

Malah portal berita pembangkang turut melaporkan bahawa Ismail menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk berjumpa dengan Dr Wan Azizah di pejabatnya jika calon PKR itu berhasrat merayu bantuan tersebut.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");