Perak Hari Ini

Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35: Titah Sulung Sultan Nazrin Shah

KUALA KANGSAR: “Sebagai sultan yang baru diamanahkan menakhodai bahtera negeri, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan pelayaran yang panjang ini tidak mungkin dapat dilakukan secara berseorangan,”.

Begitu titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sejurus selepas ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35 dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV yang berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini sebentar tadi.

Titah Baginda, bagi mengalas tugas bergelar seorang Sultan merupakan amanah besar yang sarat dengan pelbagai tanggungjawab perlu digalas.

“Era kegemilangan sesuatu pemerintahan merupakan sesuatu pemerintahan tercipta apabila pemimpin menghormati ulama dan menghargai ilmuan, ulama, ilmuwan yang berani menyuarakan hak dan tegas menentang yang batil,” titahnya lagi.

Tambah baginda lagi, istiadat pagi ini melambangkan citra untuk terus mendaulatkan institusi Raja, satu pelanjutan adat, kesinambungan budaya, kekayaan budaya, sekali gus mengekalkan identiti sesuatu tamadun pemerintahan negeri Beraja.

“Pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak mencapai kata sepakat menamakan Beta sebagai Sultan Perak ke-35 dengan membawa gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bermaksud ‘pemerkasa agama’..sesungguhnya Islam itu adalah identiti yang tidak dapat dipisahkan dengan Raja Melayu,” titah Baginda.

Titah Nazrin lagi, kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntuan syarak serta kemuliaan Raja turut dinilai dari sudut amal makruf dalam menyempurnakan tanggungjawab.

“Kuasa Raja tidak dipertikaikan, selagi Raja tidak memperlihatkan sifat menyeleweng dan selagi tidak mematuhi hukum yang termaktub,” baginda bertitah.

Nazrin bertitah, bahawa Raja pemerintah merupakan payung kedaulatan negara, serta wajib memberi naungan saksama kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Semestinya takhta pada setiap ketika tidak bersifat partisan, malah wajib mencuar tinggi di atas segala polemik politik kepartian, demi memastikan peranan takhta diterima baik dan diperlukan bagi penimbang tara mendamaikan sebarang persengketaan,” titahnya.

Titah Baginda lagi, kekuatan sesebuah negara amat dipengaruhi oleh tahap amal makruf yang dilakukan dengan ketegasan negara memerangi kemungkaran bagi menentu kerukunan dan kemakmuran.

“Berpegang dan yakinlah kepada rahmat Ilahi untuk melakukan amal makruf dan yakinlah akan perlindungan Ilahi untuk memerangi kemungkaran… tegapkan iman agar terbina sebuah negara yang kukuh bersatu, teguh, aman dan makmur,” titah baginda lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");