Membawang Hari Ini

Izreen Azminda: Bukan saya bakal isteri Fahrin

PELAKON berbakat, Izreen Azminda hari ini menafikan khabar angin bahawa dia adalah bakal isteri kepada Fahrin Ahmad selepas pelakon itu mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya Sabtu ini.

Memetik laporan sebuah portal, Izreen menafikan dia akan berkahwin dengan aktor kacak itu.

“Memang bukan saya yang akan berkahwin dengan dia (Fahrin).

“Majlis yang diadakan sebelum ini bersempena saya memakai tudung sekitar Mac lalu dan alang-alang saya anjurkan juga sambutan hari lahir dia (Fahrin) lebih awal.

“Jangan fikir bukan-bukan pula. Memang antara kami tiada apa-apa. Dia memang sahabat baik saya dan antara kawan yang cukup rapat. Lagipun keraian ini hanya setahun sekali. Tak salah untuk saya melakukannya,” Izreen dipetik sebagai berkata.

Semalam Fahrin mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya Sabtu ini pada sidang media yang diadakan Pusat Konvensyen Sime Darby.

Fahrin bagaimanapun tidak mendedahkan siapa wanita pilihannya itu namun mengakui bakal isterinya itu dikenalinya setahun lalu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");