Berita Hari Ini

Jakim: Ajinomoto halal, tiada unsur babi

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan syarikat pengeluar bahan perisa makanan, Ajinomoto menggunakan unsur babi dalam pemprosesan produknya seperti yang tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Bahagian Hab Halal Jakim mengesahkan bahawa Ajinomoto Malaysia Berhad adalah pemegang sijil halal yang sah.

“Kenyataan bahawa Syarikat Ajinomoto yang menggunakan sumber babi dalam pemprosesan produk adalah disahkan tidak benar.

Ajinomoto Malaysia Berhad adalah pemegang sijil Halal yang sah dan telah melalui proses pemeriksaan serta pemantauan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

“Pengguna juga boleh membuat semakan status halal di Direktori Halal Malaysia melalui laman sesawang www.halal.gov.my. Pastikan maklumat yang diterima adalah benar sebelum disebar,” kata Jakim dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi jabatan itu.

Sementara itu, semalam Ajinomoto Malaysia turut membuat penafian dan memaklumkan semua produk keluaran syarikat itu mendapat pengiktirafan halal dari Jakim.

“Berita yang tersebar di dalam media sosial adalah tidak relevan dan tiada kaitan dengan Ajinomoto Malaysia Berhad.

Semua produk yang dikeluarkan oleh syarikat Ajinomoto Malaysia Berhad dan dipasarkan di pasaran Malaysia telah mendapat pensijilan Halal daripada pihak Jakim.

“Ajinomoto (Malaysia) Berhad sentiasa mematuhi syarat-syarat pensijilan halal Malaysia dan telah mendapat pensijilan halal daripada badan-badan pensijilan halal yang diiktiraf sejak tahun 1965 hingga kini,” kata kenyataan itu.

Apa yang berbangkit hari ini dipercayai cerita lama berkaitan dengan isu yang pernah berbangkit di Indonesia apabila syarikat di negara itu terbabit dalam kontroversi pada Januari 2001 setelah makmal Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendapati bahawa perasa makanan jenama Ajinomoto diproses menggunakan bactosoytone, satu medium yang diambil daripada babi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");