Jenayah

Jambatan nanti sembah bumi

Machang: Lebih 100 penduduk di Kampung Limau Nipis, di sini, merayu pihak berkuasa membaiki segera jambatan uzur di kampung mereka.

Tinjauan Harian Metro mendapati tiang penyokong utama jambatan patah dan keadaan konkrit retak sekali gus membahayakan penduduk.

Kejadian banjir hujung tahun lalu turut menyebabkan jambatan konkrit sepanjang 50 meter itu retak sebelum diganti laluan besi.

Penduduk, Mohd Nor Ibrahim, 68, berkata, jambatan itu laluan utama penduduk keluar ke jalan utama sejak sekian lama.

“Walaupun jambatan itu rosak, ia tetap digunakan penduduk kerana tiada laluan lain. Banjir tahun lalu menyebabkan keadaan jambatan itu makin teruk dan tiang menjadi penghadang jalan juga terbalik.

“Kami bimbang keselamatan setiap kali melalui jambatan terutama pada waktu malam,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Siti Mariam Mat Zin, 65, berkata, walaupun belum ada sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak berwajib perlu berbuat sesuatu untuk membaik pulih kemudahan itu dengan segera.

“Saya dan penduduk kampung berharap pihak berwajib mengambil langkah segera demi keselamatan penduduk kampung di sini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, peruntukan RM1 juta untuk membina semula jambatan itu diluluskan sejak tahun lalu.

“Kerajaan meluluskan peruntukan dan kemungkinan mereka masih dalam proses membincangkan reka bentuk jambatan.
“Oleh itu, saya juga berharap proses berkenaan dipercepatkan demi keselamatan orang kampung terbabit,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");