Perak Hari Ini

JKKN Perak Rancang Pelbagai Aktiviti Seni Menarik Buat Orang Ramai

IPOH: Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Perak merancang pelbagai aktiviti kesenian menarik buat semua bersempena Year of Festival 2015 (MY Fest).

Menurut Pengarahnya, Jasmi Rasit pelbagai aktiviti menarik dirancang sepanjang tahun ini antaranya seperti ekspresi muzik, festival teater negeri, program merakyatkan seni dan Budaya (PMS) dan persembahan berkala ‘Ipoh Cultural Showcase’.

PERAKTODAY3

“Kali ini buat julung kalinya pihak JKKN Perak menganjurkan Festival Rebana Perak ‘Alunan Bertingkah’ sejak penganjurannya pada tahun terakhir iaitu pada tahun 1986 yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas menghadiri majlis Apreasi sepetang JKKN Perak bersama media dekat Ipoh hari ini.

“Program ini akan berlangsung pada 6 hingga 7 Jun ini bertempat di Auditorium JKKN Perak,” ujarnya.

PERAKTODAY1

Katanya lagi, festival berkenaan dianjurkan bagi mengetengahkan kesenian yang terdapat di negeri Perak.

“Konsep pengisian program ini berbentuk pertandingan yang dibuka di setiap daerah di negeri ini dan setakat ini terdapat 13 penyertaan kumpulan bagi dua kategori iaitu kategori remaja dan terbuka,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, penganjuran festival ini juga boleh membantu mempromosikan keunikan Rebana Perak khususnya buat generasi muda.

“Program-program diberi penjenamaan semula semua bagi menarik elemen pelancongan antaranya seperti persembahan kesenian minggu akan mempamerkan kebudayaan seni negeri ini,” katanya lanjut.

Katanya lagi, kompleks JKKN Perak sendiri diharap mampu menjadi lokasi buat pengiat seni mahupun pelancong untuk mendapatkan bahan hiburan mengenai kesenian budaya tersendiri negeri Perak .

PERAKTODAY4

Bakal berlangsung juga Teater Muzikal Pesta Ramlee berinspirasikan karya-karya seniman negara Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee yang diadaptasi dalam bentuk teater.

Pementasan tersebut terbuka kepada orang ramai pada  29 hingga 31 Mei  jam 8.30 malam dan masuk adalah percuma.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak JKKN Perak boleh melayari laman sesawang www.jkkn.gov.my atau laman media sosial facebook di www.facebook.com/Jkkn Perak.

PERAKTODAY2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");