Membawang Hari Ini

Kamal Adli kunci mulut

DESAS-desus mengenai hubungan mesra yang terjalin antara selebriti ini bukanlah kisah baharu kerana sejak tahun lalu mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

Namun, baik Kamal Adli mahupun Emma Maembong, masing-masing memilih untuk menafikan khabar angin berkenaan walaupun ramai peminat mendoakan yang terbaik untuk keduanya.

Malah, sebelum ini, Kamal turut diheret dalam konflik hubungan antara Emma dan bekas kekasihnya, Zizan Razak apabila dituduh menjadi orang ketiga.

Berkali-kali menepis dakwaan itu, namun ramai yang mula menghidu kemesraan mereka apatah lagi dengan tersebarnya foto-foto mesra mereka bersama.

Bagaimanapun, seakan muak dengan khabar angin yang tersebar, Kamal memilih untuk tidak menjelaskan secara lanjut mengenai hubungan mereka lagi.

Sebelum ini, Kamal pernah memberitahu bahawa masih terlalu awal untuk mempunyai hubungan perasaan melebihi daripada persahabatan.

“Saya dan Emma memang berkawan baik dan tidak salah sekiranya kami berkawan. Namun, untuk memiliki hubungan istimewa, masih terlalu awal.

“Saya tidak mahu kerana hal seperti ini, dia terus menerima cemuhan demi cemuhan,” katanya lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");