Jenayah

Kanak-kanak dipaksa minta sedekah

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai dibawa lari lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di Masjid Muhammadi di sini, Jumaat lalu.

Mangsa, Aiman Kamarolzaman yang pada awalnya dibawa solat Isyak bersama bapanya, Kamaruzamman Mohamad, 50, dibawa lari lelaki terbabit ketika sedang memakai selipar selepas solat di masjid terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Aiman mendakwa dia dibawa ke satu lokasi dan kemudiannya dipaksa meminta sedekah di sebuah pasaraya di bandar ini kelmarin.

Mangsa yang meminta sedekah dalam keadaan terpaksa kemudiannya diselamatkan oleh seorang lelaki selepas melihat keadaan mangsa yang menangis dan mencurigakan dan telah menyerahkan kanak-kanak itu kepada bapanya petang kelmarin.

Aiman berkata, selepas dibawa lari, dia ditempatkan di sebuah rumah bersama beberapa kanak-kanak lain.

Mangsa keesokan harinya, dia dibawa oleh lelaki itu ke sebuah pasaraya dan diminta meminta sedekah bersama seorang kanak-kanak lelaki lain daripada orang ramai.

“Dia (lelaki itu) sempat mengugut saya supaya tidak melarikan diri. Mujurlah, ketika itu ada seorang lelaki membantu saya dan membawa saya ke kedai ayah,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, bapa mangsa Kamarolzaman Mohamad, 50, berkata, sejurus menyedari anaknya hilang, dia cuba mencari di kawasan sekitar dan kemudian membuat laporan polis.
“Pada malam kejadian, saya tidak lena tidur kerana bimbang dengan keselamatannya,” katanya.

Kamarolzaman amat bersyukur, anaknya itu berjaya ditemui selamat.

“Saya akui ini akan menjadi pengajaran berguna kepada saya untuk menjaga anak dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kes disiasat di bawah Sekyen 363 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");