Berita Hari Ini

Kerajaan Beku Jawatan Baharu, Tangguh Perjawatan

PUTRAJAYA: Kerajaan membekukan pewujudan jawatan baharu bagi semua jabatan dan agensi manakala perjawatan turut ditangguhkan.

Arahan tersebut berkuat kuasa dari 22 April lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, kerajaan telah memutuskan bahawa terdapat keperluan untuk mengawal bilangan kakitangan dalam sektor awam.

Dalam arahan bertarikh 22 April, beliau berkata keputusan itu adalah ke arah mengoptimumkan penggunaan sumber manusia.

Arahan itu dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mahmood Adam.

Ia tidak diketahui sama ada ketua-ketua jabatan sumber manusia yang lain telah menerima arahan yang sama, namun ia telah menyebut bahawa semua pihak yang mempunyai kuasa perlantikan perlu menangguhkan semua pengambilan.

Satu imej gambar arahan tersebut telah dipaparkan di internet.

Berdasarkan imej, Mohamad Zabidi berkata dua pengecualian diberi kepada calon yang terlibat dalam proses temuduga dan pengambilan pelatih untuk mengikuti program pra-perkhidmatan serta pelantikan pelatih yang telah berjaya menamatkan program pra-perkhidmatan, dan ia tertakluk kepada pengesahan kekosongan yang sedia ada.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");