Berita Hari Ini

Kerajaan patut tubuh pasukan pengaman

SHAH ALAM – Kerajaan perlu menubuhkan tentera pengaman untuk mengawal keadaan yang semakin meruncing di Myanmar.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerajaan yang berfungsi sebagai anggota tidak tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan anggota Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) mengambil peranan tersebut demi menyelamatkan maruah dan nyawa umat Islam di sana.

Jelas Muhammad Khalil lagi, tekanan tersebut sekali gus ‘memaksa’ kerajaan negara itu untuk memberikan hak kepada umat Islam Rohingya.

“Nasib sedang menimpa ke atas umat Islam Rohingya ketika ini adalah satu bentuk pembersihan etnik secara tersusun, termasuk didalangi oleh pihak-pihak yang mempunyai keupayaan dan kuasa.

“Tindakan pengusiran, penganiayaan dan kezaliman serta pembunuhan adalah tekanan untuk menghapuskan umat Islam dari satu-satu penempatan atau wilayah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad Khalil dalam pada itu turut menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan konkrit bagi menyelesaikan situasi yang kian rumit di negara tersebut.

“Malaysia mesti segera menggerakkan peranan lebih agresif mengetuai semua negara Asean untuk menyelamatkan umat Islam Rohingya atas tanggung jawab kemanusiaan.

“Umat Islam di Rohingya bukan sahaja berdepan kegilaan puak Rakhine untuk bermandi darah, malah kecurangan Kerajaan Myanmar serta ketidakpedulian pihak tentera menyaksikan atau menghalang tindakan kezaliman dari berlaku. Sehingga ke saat ini, tidak ada badan dunia yang bersuara menyaksikan mala petaka dahsyat ke atas kemanusiaan ini,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");