Jenayah

Kereta klon: SPRM tahan dua anggota JPJ

Seremban: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan setakat ini sudah menahan dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebuah negeri dan sembilan ahli sindiket kereta klon yang membawa masuk kenderaan terlarang itu dari Singapura sejak 13 April hingga 1 Mei lalu.

Jurucakap SPRM negeri berkata, penahanan itu dibuat menerusi Ops Photostat lanjutan rampasan 16 kereta klon pelbagai jenis di daerah ini dan Johor pada 12 April lalu.

Katanya, daripada semua ditahan, dua daripadanya dicekup pada 13 April lalu di Seremban, lima ditahan di Johor Bahru (14 April) manakala empat lagi di daerah ini sekitar minggu lalu.

“Siasatan dijalankan mendapati sindiket terbabit termasuk dua anggota JPJ menggunakan kira- kira 10,000 cukai jalan asli bagi memalsukan pelbagai jenis kenderaan.

“Kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak November tahun lalu hingga Mac lalu dengan 10,000 cukai jalan itu dianggarkan bernilai RM4.5 juta,” katanya.

Pengarah SPRM negeri, Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Dalam pada itu Shaharom Nizam menggesa semua pemilik kereta klon di negeri ini supaya tampil menyerahkan kenderaan mereka secara sukarela bagi mengelak dikenakan hukuman.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");