Perak Hari Ini

Kereta Rempuh Jambatan, Pemandu Parah

TAIPING: Seorang pemandu cedera parah manakala seorang lagi mangsa tersepit apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebuah tembok berhampiran jambatan dekat sini 12 malam tadi.

Menurut sumber Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku berhampiran Jambatan Taman Kaya dekat sini hari ini.

“Panggilan kecemasan diterima oleh pihak penyelamat sekitar jam 12.16 tengah malam tadi,” katanya.

Ujar sumber lagi, mangsa seorang lelaki berbangsa Cina mengalami cedera parah dalam kemalangan tersebut.

IMG-20150526-WA0006

“Setiba pihak penyelamat ke tempat kejadian, didapati sebuah kereta jenis Proton Wira telah melanggar tembok di tepi jambatan berkenaan,” katanya.

Manakala seorang lagi mangsa dalam keadaan tersepit.

“Pihak penyelamat menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Seterusnya mangsa tersebut dibawa ke Hospital Taiping dengan menggunakan Ambulan Emrs bagi menerima rawatan segera.

Operasi Tamat sekitar jam 12.52 pagi yang diketuai oleh Ketua Operasi PBK II Musa Abd Wahab

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");