Isu Panas

Krisis Pakatan Rakyat Tak Jejas Selangor – Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Disebalik kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai perpecahan Pakatan Rakyat dalam tempoh kurang dua minggu lagi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin kerajaan Selangor akan terus kekal dibawah pentadbiran pakatan pembangkang.

Beliau berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor ketika ini, ia bukan faktor untuk gabungan pembangkang itu hilang kuasa di negeri tersebut.

“Masih boleh dibincangkan walaupun berbeza pendapat dan kita masih kerajaan yang memerintah di Selangor,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi yang akan melanda Selangor, sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Ditanya mengenai kemelut yang melanda ketiga-tiga parti komponen pakatan pembangkang, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, mereka dalam tempoh bertenang ketika ini.

Sebelum ini, dikatakan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terancam jika PAS mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pakatan berkenaan.

Kuasa Pakatan Rakyat untuk kekal di Selangor kini bergantung kepada dua wakil rakyat PAS iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin.

Hasnul sudah memberi gambaran beliau tidak akan mematuhi keputusan parti jika PAS keluar daripada Pakatan, sebaliknya akan mempertahankan kerajaan negeri Pakatan.

Terdahulu, Hasnul dan Saari, mengingkari keputusan pimpinan PAS apabila menyokong Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR sebagai Menteri Besar ketika krisis kepemimpinan Selangor suatu ketika dahulu.

Selepas campur tangan sultan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengambil alih sebagai MB berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada parti.

Kini, PAS adan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, manakala PKR ada 13, tidak termasuk Khalid yang kini wakil rakyat Bebas.

Terdapat 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), bermakna 29 kerusi diperlukan untuk membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti mudah. Jika semua wakil rakyat PAS berundur, DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");