Jenayah

Langgar polis elak dicekup

BUTTERWORTH – Hasrat dua penjenayah mahu menikmati hasil rompakan tidak berjaya apabila mereka ditahan dalam satu operasi yang dijalankan polis, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, polis mengekori kenderaan dinaiki dua penjenayah berkenaan di sepanjang Jalan Rajan Uda menuju ke Jalan Permatang Pauh.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka cuba melarikan diri namun gagal apabila kenderaan yang mereka naiki melanggar kenderaan polis sehingga terbabas dan hampir melanggar pengadang jalan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kedua-dua suspek berjaya ditahan di Jalan Lunas berhadapan sebuah bank, dekat sini.

“Salah seorang suspek beralamat di Batu Caves Selangor manakala seorang lagi beralamat di Bandar Baru Kedah.

“Kedua-dua mereka dipercayai terlibat dalam beberapa kes melibatkan jenayah pecah rumah di daerah ini,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dijalankan polis menemukan beberapa barang dipercayai hasil kegiatan yang mereka lakukan.

“Antara yang ditemui ialah geran motosikal yang berdaftar di atas nama individu lain, kad pengenalan, komputer riba berjenama Samsung, satu unit pemain cakera padat (VCD) serta beberapa barangan lain.

“Hasil pemeriksaan air kencing kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis AMP,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Sesyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");