Sukan Hari Ini

Larangan hijab: Turki tarik diri bertanding wushu

TURKI membuat keputusan untuk menarik diri dari pertandingan wushu di Eropah tahun ini kerana larangan memakai hijab, minggu lalu.

Menurut The Anadolu Agency, keputusan tersebut merupakan protes terhadap Lembaga Wushu Eropah yang melarang atlet perempuan memakai hijab di dalam pertandingan.

“Pada tahun 2014, kami tidak membawa sebarang atlet wanita ke pertandingan tersebut, dan tahun ini kami memutuskan untuk tidak menyertai acara tersebut,” kata wakil Turkey International Wushu Federation, Abdurrahman Akyuz.

“Turki tidak lagi mengiktiraf Lembaga Wushu Eropah dan perkara ini sudah dibawa ke Lembaga Wushu Antarabangsa,” tambahnya.

Selain Turki, Itali dan Perancis juga membuat keputusan untuk menarik diri kerana menganggap larangan tersebut sebagai tidak adil.

Pada tahun 2013, atlet Turki Zeynep Akyuz tidak diberi sebarang mata selepas didakwa mengenakan persalinan (memakai hijab) yang dianggap tidak sesuai.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");