Jenayah

Lelaki maut terhidu asap tebal

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu bas maut dipercayai terhidu asap tebal rumah teres dua tingkat miliknya di Taman Daya terbakar dalam kejadian pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Leng Yoon On, 50.

Menurutnya, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima panggilan telefon daripada orang awam melaporkan berlaku kebakaran di rumah terbabit sekitar jam 7.15 pagi.

“Mangsa tinggal di rumah itu bersama isteri dan tiga anaknya sejak 12 tahun lalu,” katanya ketika mengesahkan kejadian di sini, semalam.

Sulaiman berkata, ketiada kejadian isteri mangsa tiada rumah kerana ke pasar sekitar jam 6 pagi.

Manakala mangsa dan dua orang anaknya berusia 22 tahun (perempuan) dan 19 tahun (lelaki) sedang tidur dalam bilik.

“Pada jam lebih kurang 7 pagi, anak perempuan mangsa terbangun setelah terhidu bau asap. Dia bersama seorang lagi adiknya terus keluar dari rumah dari tingkat atas dengan bantuan jiran.

“Ketika anak mangsa menyelamatkan diri keadaan dalam rumah sudah diselubungi asal tebal.

“Pihak bomba sampai di tempat kejadian lebih kurang jam 7.20 pagi dan telah berjaya membawa keluar mangsa. Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail (HSI) kerana terhidu asap tebal,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas pengangkutan awam dikatakan baru balik kerja kira-kira jam 3 pagi.

“Mayat mangsa telah dihantar ke HSI untuk bedah siasat. Punca kebakaran dipercayai bermula dari api colok tempat sembahyang di ruang tengah tingkat bawah.

“Mangsa dipercayai terlalu letih balik lewat dan tertidur tanpa menyedari kejadian sebelum lemas kerana terhidu asap,” katanya.

Sulaiman memberitahu kes diklasifikasikan sebagai laporan kebakaran dan kematian mengejut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");