Perak Hari Ini

Lima Remaja Sesat Di Bukit Larut Ditemui Selamat

TAIPING: Lima remaja yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Larut, di sini telah berjaya ditemui dalam operasi menyelamat yang dilakukan semalam.

Mangsa yang berumur dalam lingkungan 17 dan 20 tahun tersebut telah ditemui dalam keadaan selamat.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), pihak BBP Taiping telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.37 petang semalam.

“Setibanya jentera di loasi kejadian, anggota telah menerima maklumat daripada pihak hospital bahawa salah seorang mangsa telah mengalami kecedraan di bahagian kaki.

“Operasi yang diketuai oleh PKPgB Hasna Rashid kemudiannya telah memulakan operasi dan menemui kesemua mangsa kira-kira enam kilometer daripada kaki bukit berkenaan,” kata sumber.

Ujarnya, jentera bomba tidak dapat memasuki lokasi kejadian dan terpaksa menggunakan kenderaan jip milik Jabatan Hutan.

“Pihak bomba juga menghadapi kesukaran apabila hanya dapat menghubungi mangsa untuk seketika sahaja sebelum panggilan terputus berikutan gangguan talian di kawasan tersebut.

“Mangsa yang cedera telah dipimpin sehingga sampai di kaki bukit sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi yang mengambil masa kira-kira lebih lima jam itu tamat kira-kira jam 10.51 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");