Perak Hari Ini

Lori Kontena Bawa Kertas, Kain Bundle Terbakar

GOPENG: Sebuah kontena yang membawa muatan kertas dan kain terpakai (bundle) terbakar dalam satu kejadian yang berlaku malam semalam.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 305.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah Utara itu telah mengakibatkan kemusnahan hampir 20 peratus pada bahagian belakang lori kontena berkenaan.

Sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng melaporkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.08 malam.

“Anggota yang diketuai oleh PBK II, S.Ganesan telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman api.

“Setibanya disana, anggota mendapati berlaku kebakaran pada bahagian muatan sebuah lori kontena.

“Walaubagaimana pun, tiada mangsa yang terlibat dan mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Katanya, operasi untuk memadam kebakaran berkenaan dibantu oleh pasukan bomba daripada BBP Tapah.

Ujarnya lagi, anggota mengambil masa kira-kira lebih dua jam untuk memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran 100 kaki dua pancutan bersumberkan air daripada tangki jentera.

“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 10.34 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");