Perak Hari Ini

Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) Bantu Kendali Pakej Umrah

IPOH: Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan dilihat mampu membantu untuk menangani kes penipuan dan pengendalian pakej umrah yang kurang memuaskan.

Ia juga merupakan badan yang menyelaras dan mengawalselia berhubung perkara-perkara berkaitan dengan pengendalian pakej umrah, pengenalan kepada Lesen Khas Umrah untuk pengusaha-pengusaha pelancongan dan juga Hak-hak Kepenggunaan daripada aspek pelancongan.

MKSU telah diketuai oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) bersama-sama dengan beberapa agensi lain termasuklah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM).

Setiausaha Bahagian Perlesenan Pelancongan KPK, Alan Abdul Rahim berkata, melalui MKSU juga telah mengadakan Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan bagi memberi maklumat kepada
orang ramai mengenai peranan MKSU tersebut.

Beliau berkata, antara keputusan yang telah dicapai melalui MKSU adalah dengan pelaksanaan Sub Lesen Khas Umrah yang bakal dilaksanakan bermula pada bulan Jun tahun hadapan.

“Mulai tahun hadapan, hanya syarikat-syarikat yang mempunyai Sub Lesen tersebut sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan pakej-pakej umrah dan selain daripada itu, kita tidak akan benarkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di majlis Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan Tahun 2015 yang diadakan di Hotel Syuen, di sini, hari ini.

Selain itu, Alan berkata, pihak MKSU juga telah bersetuju untuk menetapkan harga penanda aras bagi pakej umrah yang ditawarkan kepada orang ramai.

“Harga minimum yang telah dipersetujui oleh MKSU adalah sebanyak RM4,900 bagi tempoh umrah selama 12 hari 10 malam,” katanya lagi.

Penubuhan MKSU tersebut akan membilehkan kerajaan memainkan peranan yang lebih bersepadu untuk mengawal urusan berkaitan umrah serta mengatasi isu penipuan pakej tersebut.

Selain itu, ia turut membantu syarikat-syarikat pengendali pakej umrah untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti disamping menawarkan harga yang munasabah.

Hal demikian secara tidak langsung dapat membantu orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut serta membuat semakan terhadap agensi yang berlesen dengan kementerian untuk mengendalikan pakej umrah, boleh melayari laman web www.motac.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");