Sukan Hari Ini

Manny Pacquiao jalani pembedahan bahu

LOS ANGELES: Ikon tinju dari Filipina, Manny Pacquiao perlu berehat seketika selepas menjalani pembedahan merawat kecederaan bahu kanannya hari ini.

Pakar perubatan dari Klinik Kerland Jobe Orthopedic, Los Angeles yang merawat Pacquiao menyatakan peninju Filipina ini telah menjalani pembedahan kecil di bahu kanannya dan perlu berehat bagi memastikan ia benar-benar pulih.

Jurucakap Pacquiao pula berkata, peninju itu puas hati dan gembira dengan pembedahan itu dan ingin kembali ke gelanggang secepat mungkin.

“Buat masa ini dia perlu berehat bagi memastikan kecederaannya benar-benar pulih. Kita tidak mahu dia kembali cedera atau berada dalam keadaan tidak sihat,” katanya.

Pacquiao, pada perlawanan terakhir Sabtu lalu, tewas dalam keputusan sebulat suara juri pertandingan kepada Mayweather, peninju dari Amerika Syarikat (AS) dalam pertandingan kelas welterweight dunia di Las Vegas.

Selepas sejam pertandingan tamat, promoter Pacquiao, Bob Arum, berkata peninju berusia 36 tahun itu berdepan dengan ‘kecederaan lama’ di bahu kanannya.

Kecederaannya ini menjadi isu dan banyak pihak mengecam serta memfailkan saman terhadapnya kerana cuba melakukan penipuan dengan tidak memberitahu Suruhanjaya Atlet Nevada mengenai isu kecederaan bahunya itu. – AFP

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");