Jenayah

Mengaku tidak salah sebab kematian junior

KOTA BHARU – Seorang pelajar kolej vokasional Bachok mengaku tidak salah atas tuduhan melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian junior kolej sama, di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Pesalah juvenil yang berusia 17 tahun itu didakwa menyebabkan kematian Mohamad Nur Akram Zime, 16, di dorm kolej berkenaan pada jam 12.27 pagi, 12 Mei lalu.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias memohon tarikh sebutan bagi mendapatkan laporan bedah siasat mangsa dan mencadangkan jaminan berjumlah RM15,000.

Tertuduh yang diwakili peguam, Muhammad Hasif Hassan tersebut dibenarkan jaminan RM10,000 oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 Jun depan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");