Isu Panas

Muktamar: Medan pertembungan dua aliran

IPOH – Pemilihan sempena Muktamar Pas kali ini menyaksikan pertembungan dua aliran kepimpinan iaitu kem yang mahu mempertahankan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan yang mahu Pas meninggalkan pakatan pembangkang itu.

Calon Exco Pemuda Pas Pusat, Mohammad Faiz Fadzil berkata, realiti pertembungan dua aliran berbeza itu kini semakin jelas dan berlaku bukan sahaja pada peringkat pemilihan Pemuda Pas malah melarat kepada peringkat pemilihan bagi jawatan pimpinan tertinggi.

Lebih radikal, Mohammad Fazi yang juga anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor berkata, pemilihan pada muktamar kali ini juga memperlihatkan perwakilan seolah-olah dipaksa membuat pilihan berdasarkan acuan dua aliran tersebut.

“Pilih pemimpin yang mempunyai visi untuk meneruskan kerjasama dengan PR atau pemimpin yang mahu meninggalkan PR. Itu realiti dan tak dapat kita nak elak atau sembunyi lagi.
“(Apa yang berlaku) ini bukan dibuat-buat tetapi ia berdasarkan (beberapa siri) kenyataan yang diberikan oleh pemimpin kita.

“Ada kenyataan yang pertahan PR dan ada kenyataan yang beri gambaran jelas bahawa Pas akan meninggalkan PR. Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh dua aliran pimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program bicara ilmiah bertajuk ‘Wacana Hala Tuju Pemuda Pas Malaysia’ anjuran Pemuda Pas Ipoh Timur di sini, kelmarin.

Program turut menampilkan beberapa pemimpin kalangan Pemuda Pas termasuklah penyandang jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kayat dan Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad sebagai panel.

Mengulas lanjut, Mohammad Faiz menegaskan, kewujudan dua aliran itu bukan pendedahan yang sengaja dibuat-buat, namun ia berdasarkan maklumat dan kenyataan-kenyataan (pemimpin Pas) di dalam media arus perdana serta media-media sosial.

“Ia bukan tuduhan melulu atau liar dan kita tak sebut nama mana-mana pemimpin tetapi rakyat sekarang dapat maklumat secara cepat melalui media sosial,” katanya.

Menurutnya, secara dasar kerjasama dengan PR harus dikekalkan kerana usaha menegakkan daulah Islamiah harus mempunyai kerajaan.

Beliau berkata, dalam membentuk kerajaan, Pas perlu mempunyai rakan sekutu yang kuat.

“Mengambil contoh di Kelantan, bagaimana peraturan atau undang-undang boleh dilaksanakan dan diterima apabila adanya kerajaan. Sekali gus syiar Islam dapat ditegakkan.

“Begitulah juga di peringkat pusat, Pas perlu membentuk gabungan yang kuat bersama DAP dan PKR untuk menentang BN bagi membentuk kerajaan di bawah PR,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");