Sukan Hari Ini

N.Sembilan temu P.Pinang Jumaat ini

PERLAWANAN bola sepak Liga Perdana antara Negeri Sembilan menentang Pulau Pinang yang dibatalkan pada 12 April lepas akan diadakan semula di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban pada Jumaat ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan Datuk Abd Halim Abd Latif berkata perlawanan itu akan berlangsung mulai pukul 8.45 malam.

“Sehubungan itu, penonton yang mempunyai keratan tiket untuk perlawanan yang telah dibatalkan pada 12 April lepas bolehlah gunakan semula keratan tiket tersebut bagi menyaksikan perlawanan Jumaat ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 12 April lepas, perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi terpaksa ditunda selepas perlawanan gagal dimulakan apabila padang ditakungi air ekoran hujan lebat disertai petir.

Keputusan penundaan perlawanan itu diumumkan pada pukul 10.20 malam. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");