Laporan Eksklusif

Najib melawat Jepun Ahad ini

TOKYO 23 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Jepun mulai Ahad ini.

Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris berkata, Najib yang dijangka tiba di Tokyo pada 8 pagi, akan menghadiri majlis koktel bersama kira-kira 250 pelajar dan masyarakat Malaysia.

Pada Isnin, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mempunyai jadual ketat, termasuk menghadap Maharaja dan Maharani Jepun di Imperial Palace.

Kemudian, Najib akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 kapten industri, disusuli mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan beliau, Shinzo Abe.

Pada Selasa, beliau akan menyampaikan ucaptama pada rundingan meja bulat Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), sebelum berlepas ke Sendai.

Sebelum menaiki tren berkelajuan tinggi ke Sendai, Najib akan diberi taklimat tentang tren berkelajuan tinggi Shinkansen serta pembangunan di sekitar Stesen Tokyo.

Di Sendai, beliau akan mengadakan dialog dengan para pelajar di Tohoku University, sebelum berlepas pulang ke tanah air.- BERNAMA

-Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");