Laporan Eksklusif

Najib Perlu Turun Atas Banyak Sebab -Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam penulisan blognya hari ini terus mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai pemimpin negara ini.

Jelasnya, terdapat banyak sebab yang membolehkan pemimpin nombor satu negara itu mengundur diri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, Najib dengan jelas telah melakukan kesilapan lebih besar berbanding perdana menteri sebelumnya.

“Seorang pemimpin yang dipilih tetap kuat untuk penyingkiran sebelum tempoh .

PM sebelumnya juga telah dipilih, sebenarnya dengan majoriti yang lebih besar…tetapi beliau tetap meletak jawatan,” katanya .

“Sebelum ini, tidak dakwaan mengenai perbelanjaan mewah yang dilakukan oleh PM, pembelian barang mahal..kehidupan yang mewah.

“Sebahagian daripada dakwaan ini mungkin tidak benar…tetapi rungutan itu tidak didengar sepanjang tempoh itu Perdana Menteri sebelumnya,” katanya dalam ruangan blognya lagi.

Tambahnya lagi biarpun mendapat sokongan orang ramai yang besar ketika itu turut tercetus demonstrasi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

“Hasilnya adalah paling teruk berbanding PRU ke-12.. tindakan demonstrasi itu juga tidak menggambarkan sokongan kepada Najib dan mereka datang kerana pelbagai perkara,” ulasnya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");