Laporan Eksklusif

Najib ucap tahniah kepada Putera William

UALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Putera William dan isteri Kate Middleton dari Britain sempena kelahiran anak kedua mereka pada Sabtu.

“Tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge sempena kelahiran bayi perempuan mereka,” kata beliau dalam akaun Twitter hari ini.

Bayi seberat 3.7 kg itu yang belum diberi nama dilahirkan pada pukul 8.34 pagi (0734 GMT) pada Sabtu di St Mary’s Hospital, London.

Anak pertama pasangan diraja ini bernama Putera George yang kini berusia satu tahun. -Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");