Jenayah

Nyaris maut akibat mengantuk

MASJID TANAH – Gara- gara mengantuk, seorang pekerja kilang nyaris maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Taman Bandar Baru Masjid Tanah, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi mangsa Hadura Bahari, 32 yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Masjid Tanah selepas habis kerja.

Pegawai JPAM Alor Gajah, Leftenan Muda , Mohammad Fairul Asikin Kadir berkata, ketika melalui jalan itu motosikal yang ditunggangnya bersendirian hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar lampu jalan.

Menurutnya, JPAM yang menerima aduan daripada polis bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan tiga anggota untuk membantu mangsa yang mengalami kecederaan.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan di tangan kanan.

“JPAM Alor Gajah bertindak memberi rawatan awal menggunakan peralatan “Splint” untuk mengurangkan kesakitan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Yusof berkata mangsa kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");