Jenayah

Pasangan direman kes bayi mati didera

JITRA – Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kematian bayi berusia lapan bulan yang disyaki didera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, hasil bedah siasat mendapati ada kesan lebam di kepala, muka, lengan, kaki dan belakang badan mangsa.

Menurutnya, mangsa juga mempunyai kesan patah pada tulang selangka kiri dan tulang lengan.

“Mangsa dijangkiti kuman pada selaput otak, manakala otak didapati bengkak. Kecederaan dialami kesan daripada benda tumpul sama ada disebabkan hentakan kecil atau terjatuh.

“Sehingga kini (semalam) punca kematian sebenar belum dirumuskan (pending labotory examinations). Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian petang kelmarin, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, kira-kira jam 4 petang selepas dipindahkan dari Hospital Jitra pada jam 11.55 pagi.

Mohd Nashir berkata, bayi tersebut dibawa ke Hospital Jitra kira-kira jam 12.10 tengah malam (Jumaat) kerana mengalami sawan.

“Pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an dan 40-an yang dikatakan ibu bapa angkat bayi tersebut ditahan ketika berada di hospital,” katanya.
Difahamkan jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bakar Arang, Sungai Petani kira-kira jam 2 pagi, semalam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");