Berita Hari Ini

Pecat lembaga pengarah 1MDB bukti kerajaan serius

SHAH ALAM – Memecat semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bukti kerajaan serius dalam menangani kemelut yang melanda melibatkan hutang yang berbilion ringgit.

Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, beliau menyokong pendapat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tersebar semalam yang menyuarakan agar ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat.

“Saya kecewa apabila membawa berita bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendengar saranan timbalannya untuk memecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB dan biarkan siasatan polis dijalankan.

“Saya sokong Tan Sri Muhyiddin sepenuhnya kerana saya percaya hanya ini cara untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kerajaan serius dalam hal ini,” katanya yang dipetik melalui catatan di blognya, semalam.

Menurutnya, sekarang Najib tersepit dan berdepan kemarahan rakyat susulan isu 1MDB yang tiada kesudahan.

“Datuk Seri Najib sekarang tersepit dalam kemelut kewangan yang nilainya berbilion ringgit. Setiap hari pembangkang atau rakyat melahirkan kemarahan mereka terhadap Perdana Menteri.

“Datuk Seri Najib perlu segera mengeluarkan arahan memecat semua ahli lembaga tanpa bertangguh dan biar polis siasat,” katanya.

Semalam, Muhyiddin dilapor meminta Najib memecat ahli lembaga pengarah 1MDB dan menyeru supaya polis menyiasat syarikat itu melalui satu rakaman video yang tersebar.

Sementara itu, Muhyiddin ketika ditemui media di Parlimen berkata, kenyataan tersebut adalah pandangan peribadi beliau.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");