Berita Hari Ini

Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Antara 15 Yang Disiasat

PETALING JAYA: Pegawai Kanan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis antara 15 orang yang disiasat berkaitan penemuan kubur besar berhampiran Padang Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim berkata, seramai 15 orang telah dipanggil untuk siasatan dalaman dan kenyataan mereka direkodkan.

“Siasatan telah bermula minggu lepas dan setakat ini terdapat kira-kira 15 daripada mereka yang dipanggil. Segelintir daripada mereka adalah pegawai berpangkat kanan. Siasatan akan berterusan dan dijangka lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Hutan adalah di bawah bidnag kuasa mereka (Jabatan Perhutanan). Ia adalah mustahil dan tidak masuk akal jika mereka tidak tahu apa yang berlaku di dalam hutan. Mereka-kurangnya mereka boleh melaporkan apa yang mereka tahu,” kata Mat Rawi ketika dihubungi Rabu.

Beliau berkata, jika pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan itu tidak mengetahui tentang apa yang berlaku, ia menunjukkan mereka tidak meronda kawasan tersebut.

Mat Rawi berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat dengan jabatan dalam beberapa hari akan datang untuk mendapatkan maklum balas dan tindakan yang akan diambil ke atas mereka yang terlibat.

Tambahnya, jika ada yang didapati terlibat polis akan menjalankan siasatan terhadap mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man telah dipanggil untuk siasatan terperinci mengenai penemuan kubur besar tersebut.

Azlan juga telah mengarahkan, jika perlu pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutanan dan agensi-agensi penguat kuasa berkaitan turut akan disiasat.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");