Jenayah

Pelancong patah tulang belakang jatuh jeti

MUAR – Keterujaan seorang pelancong tempatan mengambil gambar pemandangan Sungai Muar di jeti Laman Maharani, di sini bertukar malang apabila terjatuh daripada jeti berkenaan yang roboh secara tiba-tiba, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam kira-kira jam 2 petang itu, lelaki berusia lingkungan 60an terbabit mengalami kecederaan patah tulang belakang akibat terhentak pada batu besar selepas terjatuh daripada jeti berkenaan.

Pegawai Unit Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Muar, Fariza Noor Zainun Nasir berkata, lelaki itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) oleh tiga anggota pasukan berkenaan selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Apabila tiba di tempat kejadian mendapati lelaki itu terbaring di tebing Sungai Muar, di tepi Laman Maharani dalam keadaan mengerang kesakitan.

“Kita menggunakan bantuan alat pengusung untuk memindahkan mangsa dari tempat kejadian ke ambulans JPAM sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, warga emas berkenaan dipercayai berasal dari Kedah datang melancong ke daerah ini bersama rakan-rakannya.

Jelasnya, lelaki itu ke jeti untuk ambil gambar pemandangan Sungai Muar dan Jambatan Sultan Ismail, manakala rakannya yang lain berada di Laman Maharani.

“Mangsa hilang kawalan apabila jeti tersebut roboh secara tiba-tiba, lalu menyebabkan dia terjatuh ke atas batu besar yang banyak terdapat di tepi tebing sungai,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu turut disedari orang awam apabila terdengar jeritan mangsa meminta pertolongan, namun mereka tidak berani membantu kerana mangsa mengalami kesakitan pada bahagian belakang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");