Jenayah

Pemandu bas dituduh noda budak

Melaka: Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan, dua tahun lalu.

Tertuduh Ab Malek Jantan, 43, berasal dari Taman Tanjung Minyak Utama, di sini, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Amran Jantan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun di rumahnya di Taman Tanjung Minyak Utama, di sini, jam 2 petang, awal Disember 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dengan cara memasukkan zakar ke dalam mulut kanak-kanak berkenaan jam 2.10 petang, di tempat dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh diwakili peguam bela N Gunalan merayu mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin.

Dalam rayuannya, Gunalan memohon mahkamah mengenakan jaminan rendah memandangkan tertuduh berpendapatan RM1,200 dan perlu menanggung isteri serta anak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");