Jenayah

Pemandu lori ais putus kaki

LEDANG – Seorang pemandu lori ais putus kaki kiri manakala kaki kanannya parah akibat tersepit dalam lori dipandunya selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 4 Tanjung Gading, dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu turut membabitkan dua lori lain iaitu lori tanah dan perabot, bagaimanapun kedua-dua pemandu selamat dengan cedera ringan.

Pegawai Bomba Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmod berkata, seramai 12 anggota termasuk unit motosikal terlibat membantu mengeluarkan Mohd Gan Abdullah, 33, yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa memberhentikan lorinya di bahu jalan untuk menghantar ais ke warung berhampiran dan di belakangnya terdapat lori perabot yang turut memberhentikan kenderaan.

“Bagaimanapun datang sebuah lori tanah yang hilang kawalan dipercayai berpunca daripada tayar pecah lalu merempuh belakang dua lori terbabit.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan tiga lori berkenaan terbabas dan terbalik alam parit di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa hampir 10 minit untuk mengeluarkan Mohd Gan dan pemandu lori tanah, Mohd Firdaus Khir, 24, yang juga tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya, pemandu lori perabot, Abd Malik Achok, 49, pula dibantu keluar oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");