Perak Hari Ini

Penduduk Perumahan Kledang Timur 15, Mohon MBI Beri Penjelasan

IPOH: Penduduk yang tinggal di perumahan Kledang Timur 15 Taman  Raja Izzuddin Shah, memohon penjelasan segera daripada pihak Majlis Bandaraya Ipoh berhubung pembinaan bangunan yang dipercayai sebuah kilang yang dibina berhampiran dengan kediaman mereka.

Menurut salah seorang penduduk itu, Yong Lean Sung setakat hari ini MBI masih lagi gagal memberikan penjelasan berhubung pembinaan kilang tersebut.

“Kilang tersebut begitu hampir dengan rumah saya, dan saya khuatir ianya akan mendatangkan pencemaran,” kelak.

Tambahnya lagi aduan telah dilakukan pihaknya sejak 17 April lalu namun masih belum ada sebarang tindakan yang diambil berhubung perkara itu.

“Saya membantah sekeras-kerasnya kerana saya tinggal bersebelahan dengan lot tersebut dan tapak berkenaan juga tidak sesuai dijadikan kilang kerana berhampiran dengan kediaman.

PERAKTODAY

“Selain itu ketiadaan longkang dan laluan dikawasan tersebut dikhuatiri akan menyusahkan penduduk setempat,” katanya lagi.

Menurut Ketua Biro Aduan MCA Perak, Jimmy Loh Thim Kheun, lot pembinaan yang disyaki merupakan sebuah kilang adalah tidak sesuai dibina berhampiran kawasan kediaman.

“Saya harap pihak MBI menjalankan siasatan berhubung perkara ini,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, pembinaan bangunan ini telah siap hampir 30 peratus dan tidak mempunyai struktur longkang .

“Bagaimana MBI boleh meluluskan projek sebegini dan sepatutnya pembinaan projek perindustriaan perlu dibina 100 meter jauh daripada lokasi kediaman,” katanya lagi.

Beliau juga berharap agar pihak majlis turun padang untuk menjalankan siasatan terhadap tapak berkenaan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");