Perak Hari Ini

Perak Peruntukkan RM3.7 juta, Bantu 501 Pelajar Ke IPT

IPOH: Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan hampir RM3.7 juta bagi membiayai 501 orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) bagi sesi 2015/2016.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria dalam ucap utamanya berkata, pinjaman yang diberikan ini meliputi pelbagai peringkat pengajian daripada peringkat diploma hingga je Ijazah Falsafah (Ph.D).

“Seramai 83 orang pelajar bagi peringkat diploma, 354 pelajar bagi peringkat ijazah sarjana muda, 53 pelajar di peringkat sarjana dan 11 pelajar bagi peringkat Ph.D akan menerima pinjaman pada tahun ini.

“Pinjaman ini diberikan untuk memudahkan pelajar bagi membayar yuran serta peralatan pembelajaran di institusi pengajian tinggi masing-masing,”katanya ketika ucap utamanya di Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak (Diploma) Sesi 2015/2016 di Bangunan Darul Ridzuan, di sini, petang tadi.

Katanya lagi, kerajaan negeri turut memutuskan majlis penyerahan cek diadakan dua kali berbanding tahun-tahun sebelum ini.
PERAK TODAY 2

“Majlis penyerahan cek ini diadakan dua kali iaitu pada bulan Mei bagi kemasukan pelajar ke peringkat Diploma kerana mereka akan memasuki ke IPTA atau IPTS pada Jun nanti.

“Manakala bagi pelajar ijazah sarjana muda, sarjana dan Ph.D akan dilakukan pada Ogos nanti,”katanya.

Amin turut berkata, kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir cukup komited dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar di negeri itu.

“Kita akan pastikan tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir di dalam konteks pendidikan,”tegasnya.

Amin turut menasihati kepada pelajar agar kembali berkhidmat ke negeri itu sekiranya tamat pengajian kelak.

Beliau turut menyeru agar mereka membayar semula pinjaman pendidikan untuk membantu pelajar lain di masa hadapan.

“Dengan bayaran semula itu, kerajaan negeri akan dapat membantu pelajar lain yang mendapat tawaran bagi menyambung pelajaran ke IPT di masa hadapan,”katanya.

Terdahulu, Amin menegaskan bahawa kerajaan Negeri bakal menyenaraihitamkan nama peminjam yang tidak mahu membayar hutang pinjaman tersebut.

Kerajaan negeri juga akan menghantar nama-nama peminjam tegar kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan menggunakan perkhidmatan Credit Tipp Off Service (CTOS) untuk menyenaraihitamkan nama mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");