Sukan Hari Ini

Permulaan bergaya buat Thailand, Vietnam

JUARA bertahan Thailand dan Vietnam memulakan kempen mereka pada Sukan SEA 2015 dengan aksi bergaya apabila membelasah lawan masing-masing dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan di Singapura, hari ini.

Thailand yang memburu pingat emas ke-15 dalam acara bola sepak pada temasya dwitahunan itu, membelasah Laos 6-0 malam ini, manakala Vietnam menumpaskan Brunei dengan jaringan sama pada perlawanan yang berlangsung petang tadi.

Pombubpha Chananan muncul wira skuad Gajah Perang itu apabila menjaringkan empat gol pada minit ke-19, 47, 62 dan 74, seperti dipetik dalam laman web Sukan SEA website;www.seagames2015.com.

Dua lagi gol Thailand dijaringkan oleh Weerawatnodom Narubadin pada minit ke-10 dan Sriyankem Nurul pada minit ke-38.

Sementara itu, Vietnam memperoleh gol menerusi Le Thanh Binh pada minit ke-24, Tran Phi Son (minit ke-47), Mac Hong Quan (ke-75), Pham Duc Huy (ke-78), Nguyen Cong Phuong (ke-82) dan Pham Manh Hung, tujuh minit kemudian.

Malaysia yang turut diundi dalam Kumpulan B, akan memulakan kempen menentang Timor Leste di venue yang sama, esok.

Perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Jalan Besar membabitkan tuan rumah Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Filipina akan bermula pada 1 Jun. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");