Sukan Hari Ini

Pilihan Malaysia tewas

PILIHAN Malaysia bernasib baik apabila sekadar tewas 1-2 kepada kelab di tangga kelima Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi, lapor SUBKHI SUDARJI.

Mempertaruhkan Paulo Rangel, Guilherme De Paula di bahagian serangan serta dibantu Asfaq Ali, anak didik Dollah Salleh ternyata gagal menandingi corak barisan pemain Spurs.

Penyerang berbisa Spurs, Hary Kane memastikan pasukan di depan pada minit ke-18 sebelum pertahanan import tuan rumah, Thiago Juninho menyamakan kedudukan selang 13 minit kemudian.

Kegembiraan penyokong Pilihan Malaysia tidak bertahan lama apabila Kane sekali lagi membuktikan bisanya selaku peledak melalui jaringan pada minit ke-42.

Memasuki babak kedua, Dollah dan rakan sejawatnya, Mauricio Pochettino melakukan beberapa pertukaran bagi mempelbagaikan corak permainan.

Aksi 45 minit seterusnya milik Spurs yang mendominasi perlawanan ketika pemain tuan rumah dilihat lebih banyak bertahan.

Kekentalan benteng Pilihan Malaysia yang diterajui Muslim Ahmad, Azmi Muslim, Zubir Azmi dan Yong Kuong Yong memastikan gawang tidak dibocori sehinggalah tamat perlawanan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");