Jenayah

PKR Dakwa Anwar Lewat Dirawat, Masuk Wad Selasa Ini

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tindakan kerajaan yang lewat memberikan rawatan menjadi punca kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin membimbangkan.

PKR dimaklumkan, sejak Anwar dipenjarakan yang kini memasuki hari ke-110, pemimpim pembangkang itu didakwa kehilangan berat badan kira-kira enam kilogram dan ada kesan darah dalam sampel najisnya.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, Anwar juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan perubatan.

Menurutnya, berdasarkan keadaan kesihatan Anwar itu, dia sepatutnya mendapat pemeriksaan perubatan secara lebih kerap.

Tambah Johari, bekas ketua pembangkang itu juga mengalami kecederaan di bahu kanan sejak setahun lepas dan perlu menjalani pemeriksaan MRI, rawatan lanjut dan kemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

“Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan ke atas bahu beliau tidak diendahkan sejak beberapa minggu.

“Peguam Datuk Seri Anwar telah menemui beliau Khamis lepas dan diberitahu beliau akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa ini untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");