Jenayah

Polis tahan lima lelaki kes kurung, samun

JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki, termasuk seorang remaja berumur 17 tahun, yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan kurung seorang remaja lain di sebuah rumah di Taman Daya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kelima-lima suspek itu, yang berumur antara 17 hingga 31 tahun itu, ditahan sejam setengah selepas mangsa yang dapat melepaskan diri daripada kurungan, membuat laporan polis.

Dua hari lepas, mangsa, 19, yang tinggal di flat Taman Sri Stulang didatangi empat lelaki yang tidak dikenali terus mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum membawanya ke sebuah rumah di Taman Daya.

“Semasa dalam perjalanan, mangsa telah dipukul di seluruh badan dengan buku lima, batang besi dan kayu besbol. Setelah sampai di sebuah rumah, mangsa dikurung di sebuah bilik tanpa diberi makanan sepanjang tempoh pengurungan,” kata Sulaiman dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sulaiman berkata mangsa didapati mengalami lebam-lebam di muka, bengkak di bahagian mata kanan dan sakit otot di keseluruhan badan dan kepala.

“Mangsa kemudiannya melarikan diri selepas berjaya membuka ikatan ketika semua suspek sedang tidur lebih kurang 12.30 tengah hari sebelum membuat laporan polis,” kata beliau.

Sulaiman berkata kesemua suspek itu juga dipercayai menyamun barang milik mangsa antaranya jam berjenama, wang tunai RM470 dan sebuah kereta Perodua Viva dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM15,900. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");