Jenayah

Polis Tahan Wanita Buang Bayi Lelaki

KOTA TINGGI: Polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun susulan laporan penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup di dalam longkang di belakang sebuah rumah di Felda Lok Heng, dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata pihaknya mendapat maklumat pada pukul 2.30 petang semalam berhubung penemuan bayi yang baru dilahirkan di dalam longkang rumah jirannya.

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Lok Heng untuk rawatan dan seterusnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Rahmat berkata siasatan awal mendapati bayi itu, yang dipercayai baru dilahirkan lebih kurang sejam dan masih bertali pusat, ditemui dalam keadaan tertiarap dan menangis di dalam longkang di belakang sebuah rumah.

“Berikutan itu, anggota kita juga berjaya menahan seorang wanita dipercayai ibu bayi tersebut, berasal dari Ulu Tiram, yang dipercayai melahirkan bayi terbabit di dalam tandas rumah saudaranya tanpa pengetahuan sesiapa,” kata beliau dalam kenyataan di sini, Ahad.

Rahmat berkata siasatan lanjut mendapati wanita itu membuang bayi tersebut dari tandas ke luar rumah melalui ruang antara dinding dan bumbung sebelum bayi itu terjatuh ke dalam longkang yang tidak mengandungi air dan hanya pasir basah.

Beliau berkata wanita terbabit ditahan reman selama sehingga 4 Mei ini bagi membantu siasatan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");