Jenayah

Premis proses air ketum diserbu

AMPANG – Sebuah premis tidak bernombor disyaki dijadikan lokasi memproses air ketum diserbu di Taman Keramat di sini, kelmarin.

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, ketika serbuan, terdapat tiga lelaki dipercayai sedang memproses air ketum di bahagian dapur premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati salah seorang daripada tiga suspek baru enam bulan terlibat memproses dan menjual air ketum.

“Mereka mendapat bekalan daun ketum dari seorang lelaki di Baling, Kedah dengan harga RM60 sekilogram. Manakala air ketum yang siap diproses dijual antara RM5 hingga RM10 (sebungkus) kepada pelanggan.

Menurut Khairuldin, dalam tempoh sehari, suspek mampu memperolehi pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sehari bergantung kepada bilangan pelanggan.

“Bagi ubat batuk yang dirampas, suspek mengaku mendapat bekalan dari farmasi di kawasan Juru, Pulau Pinang dengan harga RM400 sekotak yang mengadungi 72 botol.

“Kebanyakan ubat batuk dijual kepada pelanggan warga Thailand yang mahu ia dicampur dengan air ketum,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan, polis merampas 43 botol ubat batuk, dua periuk besar mengandungi air daun ketum yang sedang dimasak dan 53 bungkusan plastik berisi air ketum dianggarkan sebanyak 53 liter.

“Polis juga merampas satu beg plastik mengandungi daun ketum seberat kira-kira 4.2 kilogram dan beberapa peralatan memproses air ketum.

“Kesemua tiga suspek berusia lingkungan 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");