Membawang Hari Ini

Program khas Datuk Siti sempena Aidilfitri

PROGRAM ‘Lebih Indah bersama Datuk Siti Nurhaliza’ terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menemui penonton pada Aidilfitri nanti.

Penerbit program, Unit Hiburan TV RTM Haliza Mat Kharsa berkata, program hiburan selama satu jam setengah berkenaan akan menampilkan lagu-lagu popular dendangan penyanyi nombor satu negara itu.

“Program berkenaan sebagai penghargaan kepada peminat RTM yang sentiasa menyokong program terbitan RTM,” katanya kepada pemberita sebelum rakaman rancangan itu di Angkasapuri di sini, malam ini.

Antara lagu yang bakal didendangkan ialah ‘Lebih Indah’, ‘Engkau Bagaikan Permata’, ‘Jerat Percintaan’ dan ‘Kurik Kundi’.

Haliza berkata selain itu, Siti juga akan mengadakan persembahan duet bersama penyanyi Tegar dari Indonesia serta penyanyi Akim dengan iringan kumpulan ‘The Majistret. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");