Berita Hari Ini

Pulau Pinang Cadang Guna Kem PLKN Tempatkan Pendatang

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri mencadangkan supaya kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan sebagai penempatan sementara pelarian Rohingya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, terdapat empat kem PLKN di Pulau Pinang dan kerajaan negeri sedia membantu dalam penyediaan tempat tinggal yang diperlukan.

Menurut beliau terdapat 85 kem PLKN di seluruh negara dan kesemuanya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan.

“Di Pulau Pinang ada dua kem PLKN yang kosong iaitu di Sungai Bakap dan Machang Bubuk.

“Kemudahan ini sesuai dan selamat serta berpagar,” kata Phee kepada The Star.

Bagaimanapun menurutnya idea berkenaan hanya dibuat oleh Pulau Pinang.

“Kita hanya boleh memberi idea dan kami sedang menunggu Kerajaan Persekutuan untuk hubungi kami supaya kita boleh bincang mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh Pulau Pinang.

“Tiada siapa yang hubungi kami lagi,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");