Jenayah

‘Rayyan macam tahu’

Marang: “Entah kenapa pada hari kejadian, Rayyan tidak mahu pergi ke rumah sepupu saya di Bukit Payong seperti kebiasaan seolah-olah tahu sesuatu akan berlaku,” kata guru agama, Fariza Hanan Mohamad, 35, menceritakan detik anaknya, Awangku Ahmad Rayyan Muie’zzy, 3, dilarikan suaminya yang juga seorang warga Brunei, Isnin lalu.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkannya tidak keruan memikirkan nasib anaknya, lebih-lebih lagi selepas tiga hari berlalu tanpa sebarang khabar berita.

“Memang hampir setiap hari saya menghantar anak ke rumah sepupu sebelum pergi bekerja. Bagaimanapun, ketika hari kejadian, Rayyan berdegil tidak mahu ikut kerana hendak bermain di rumah abang sulung saya.

“Tetapi disebabkan sudah lewat untuk ke tempat kerja, saya terpaksa juga menghantar Rayyan dan memarahinya kerana tidak mahu ikut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Marang, di sini, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang lelaki berpakat dengan beberapa lelaki lain untuk melanggar kereta Perodua Myvi dipandu isterinya sebelum melarikan anak lelaki mereka dalam kejadian di Kampung Bukit Khor, di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, suspek yang berusia 30-an menaiki Toyota Alphard manakala rakannya pula memandu Proton Exora.

Menceritakan kejadian itu, Fariza berkata, ketika dalam perjalanan ke rumah sepupunya, kereta dipandunya dihalang sebuah Proton Exora yang menunggu berhampiran persimpangan Jalan Bukit Kor.

“Ketika sampai di persimpangan Jalan Bukit Kor, kenderaan berkenaan menghalang kereta kami menyebabkan saya terpaksa membrek mengejut. Kepala saya terhantuk pada stereng kereta dan Rayyan yang duduk di tempat duduk depan terperosok ke bawah.

“Dalam kekalutan itu, tiga lelaki berbadan besar mengepung kami sambil ‘berlakon’ memarahi saya kononnya menyebabkan kemalangan berkenaan.

“Pada masa sama, sebuah kenderaan mewah menghimpit kereta kami dari belakang sebelum seorang lelaki bertopi membuka pintu penumpang depan lalu merangkul Rayyan dan terus memecut kenderaannya ke arah Jalan Bukit Khor.

“Saya sempat cam wajah lelaki bertopi itu dan dia adalah suami saya,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");